Nov 8 2009

Penyakit Gaut Dan Rawatannya



Allah yang datangkan penyakit dan juga penawarnya


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

TANDA DAN GEJALA

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

DIAGNOSIS

Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.

Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.

PERINGKAT PENYAKIT GOUT

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

  1. asimptomatik
  2. akut
  3. interkritikal
  4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

SERANGAN PENYAKIT GOUT

Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.

Pada suatu ketika, kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus. NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.

Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan, tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasirsediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara. Untuk jangka panjang, rawatan perubatan profesional diperlukan.


RAWATAN GOUT

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacanglentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan. (termasuk

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

Bagaimanapun, bahan utama untuk pendekatan ini ialah drug alopurinol yang merupakan satu perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asik urik secara langsung. Walaupun demikian, rawatan alopurinol harus tidak dimulakan semasa serangan gout kerana ubat ini boleh memburukkan lagi serangan tersebut. Tetapi seorang pesakit yang telah menerima rawatan alopurinol sebelum serangan harus meneruskannya.

Keputusan untuk menggunakan alopurinol sering merupakan keputusan sepanjang hayat. Penyakit gout diketahui kambuh menjadi gout artritis akut apabila pesakit-pesakit berhenti pengambilan alopurinol kerana perubahan aras urat serum yang pada dirinya kelihatan mengakibatkan pemendakan hablur.

Febuksostat, satu perencat bukan purina yang baru untuk oxidase xantina, kelihatan merupakan alternatif yang lebih baik berbanding dengan alopurinol. [1] Probenesid, satu drug urikosurik yang menggalakkan pengumuhan asid urik ke dalam kencing, juga biasa dipreskripsikan — seringnya bersama-sama dengan kolkisin. Suatu perkara yang menarik adalah bahawa drug fenofibrat yang digunakan untuk merawat hiperlipidemia juga memberi kesan urikosurik yang berfaedah (Bardin 2003). Sebaliknya, alopurinol dan agen-agen urikosurik tidak sesuai untuk pesakit-pesakit karang ginjal dan keadaan-keadaan renal yang lain.

Oleh sebab hipertensi arteri (darah tinggi) sering wujud seiring dengan gout, rawatan dengan losartan (suatu antagonis reseptor angiotensin) mungkin akan memberi kesan tambahan yang berfaedah terhadap aras-aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampingan tiazida (satu kumpulan diuretik yang digunakan untuk darah tinggi) yang negatif terhadap metabolisme asid urik bagi pesakit-pesakit gout. Telah dicurigai bahawa dalam banyak kes, gout mungkin merupakan suatu penyakit sekunder kepada apnea tidur yang tidak dirawat, ketika sel-sel yang tidak menerima oksigen yang mencukupi menghasilkan purina-purina sebagai keluaran sampingan. Dalam kes tersebut, rawatan untuk apnea boleh mengurangkan kejadian serangan gout akut.

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa sumber-sumber purina daripada daging haiwan, seperti daging lembu dan makanan laut, amat meningkat risiko hidapan gout. Bagaimanapun, sumber-sumber purina daripada sayur-sayuran tidak mengakibatkannya. Keluaran-keluaran tenusu lemak rendah seperti susu skim (susu tanpa lemak) juga amat mengurangkan kemungkinan menghidap gout. Kajian ini telah mengikut melebihi 40 ribu orang lelaki selama bertahun-tahun, dengan 1,300 kes gout daripada kumpulan ini dilaporkan. (Choi 2004)

MENCEGAH PENYAKIT KANSER ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

http://www.gojiking.co.uk/shop/images/apricot_kernels.jpg

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).

Kelebihan Vitamin B-17 biji Apricot


· Merawat & membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

1.Apricot has high mineral content, that makes it beneficial in cases of anemia, tuberculosis, asthma, bronchitis, and toxemia.2.Apricot is high in vitamin A, that is why it is very helpful in the removal of skin pimples and other skin disorder.3.Apricot contain lycopene, this substance can help prevent cancer and help to protect LDL cholesterol from oxidation, which may help prevent heart disease.4.It helps destroy intestinal worms.5.It may help remove gallstones -6.It is it helps in preventing cancer in organs lined by epithelial tissue, due to its high vitamin A content.:Nutritive Values : Per 100 grams-•Vitamin A : 2,790 I.U.-•Vitamin B : Thiamine .3 mg.;-•Vitamin C : 7 mg.-•Calcium : 16 mg.-•Phosphorus : 23 mg.-•Carbohydrates : 12.9 gm.-•Protein : 1.0 gm.-•Calories : 51


CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN GOUT

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

TOKOH MASYUR YANG MENGIDAP GOUT

Salah satu pengidap gout yang terkemuka ialah Henry VIII. Yang lain termasuk Alexander Hamilton, Alfred Lord Tennyson, Benjamin Disraeli, Benjamin Franklin, Charles V, David Wells, William Pitt, Earl Pertama Chatham, George IV, George Mason, Henry Fielding, Isaac Newton, John Calvin, John Hancock, John Milton, Karl Marx, Kirk Reuter, Kublai Khan, Lennart Torstenson, Nostradamus, Pablo Neruda, Peter Gomes, Ratu Anne, Rubens, Samuel Johnson, dan Thomas Jefferson.

Ennius, pemuisi Rom, menulis “numquam poetor nisi podager” — “Aku tak pernah menulis puisi kecuali menghidap gout.” Beliau mempergunakan masa ketika duduk yang disebabkan oleh sakit artritis untuk mengarang puisi.

Penawar penyakit resdung…..klik sini

SUMBER  WIKIPEDIA