Nov 19 2009

Tanda Tanda Awal Kanser

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Kanser pangkal rahim

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.

Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Allah yang datangkan penyakit dan juga penawarnya


MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT KANSER : VITAMIN B17 BIJI APRICOT

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).


Tumor / Kanser.

Bengkak atau pembesaran sel abnormal yang terletak dalam tisu atau organ badan dikenali sebagai tumor. Tumor malignan atau kanser mempunyai kebolehan untuk menyerang sel normal dan merebak ke seluruh badan. Oleh itu Malignan tumor boleh menjejas kehidupan kita. Sebaliknya tumor benigna tidak akan menyerang tisu sebelah dan tidak merebak ke seluruh badan. Oleh itu tumor benigna tidak menjejaskan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun sesetengah sel dalam tumor benigna boleh berubah dan menjadi malignan dan berkanser. Tumor boleh menjadi benigna atau malignan , dan beberapa tumor benigna boleh berubah dengan peredaran masa untuk menjadi tumor malignan atau kanser.



Maklumat  penyakit kanser

1. Apa itu kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.
2. Apakah leukemia?
Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan ‘kanser luar biasa’ kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.
3. Apa yang menyebabkan kanser?
Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).
4. Bagaimana kanser merebak?
Sel kanser akan membuat ‘laluan’ sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.
5. Bolehkah kanser diwarisi?
Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.
6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?
Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.
7. Adakah semua kanser sama?
Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.
8. Bolehkah kanser diubati?
Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.
9. Bolehkah kanser dikesan awal dan dirawat?
Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.
10. Apakah tanda amaran kanser?
Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.
  • Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.
  • Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.
  • Ketulan pada buah dada.
  • Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).
  • Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.
  • Air kencing berdarah.
  • Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.
  • Sakit tekak dan batuk berpanjangan.
  • Sukar menelan makanan.
11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?
Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.
12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?
Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.
13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?
a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.
b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.
14. Wujudkah ‘zon umur bahaya’ dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?
Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.
Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.
15. Bagaimana kanser dirawat?
Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:
a. Pembedahan.
b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).
c. Ubat antikanser.
d. Hormon — kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.
Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.
16. Bolehkah kanser dielakkan?
Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan 80 peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran.

SUMBER:

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia


Makanan  Untuk Mencegah Kanser

ANTIOKSIDA CEGAH KANSER

Antioksida adalah sejenis bahan yang terdapat dalam makanan yang mampu mencegah kanser. Ia melindungi daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot). Saintis telah membuktikan bahawa radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan, kanser, sakit jantung, stroke, arthritis, katarak, Parkinson, allergic dan pelbagai jenis penyakit lagi. Antioksida terdiri daripada beta karotena, lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang.

Apa Penyebab Terjadinya Radikal Bebas?

Penyebab utama terjadinya redikal bebas adalah merokok, pencemaran udara, stress, alcohol, pestisid, cahaya UV, makanan yang dibakar hangus atau karsinogen, dan sesetengah ubat-ubatan.

Bagaimana Antioksida Dapat Mencegah Daripada Kanser?

Antioksida mencegah kanser melalui tiga cara iaitu: memusnahkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun badan yang akan memusnahkan sel yang rosak, dan mengurangkan kebarangkalian sel kanser melekat pada organ dan gland.

Makanan Kaya Antioksida

Antioksida banyak terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. Ia juga terdapat dalam makanan berikut:

• Beta-karotene banyak terdapat dalam makanan yang berwarna oren seperti ubi kentang, karot, apricot, labu, dan mangga. Sesetengah sayuran hijau juga mengandungi beta karotene seperti bayam dan kale.

• Lutein, dikenali untuk mata yang sihat dan banyak terdapat dalam sayuran hijau seperti bayam dan kale.

• Lycopene adalah antioksida yang terdapat pada tomato, tembikai, jambu batu, betik, apricot, oren dan anggur.

• Selenium adalah mineral dan bukannya antioksida. Tetapi, ia adalah komponen untuk enzyme antioksida. Tumbuhan yang kaya selenium adalah nasi dan bijirin.

• Vitamin A terdapat dalam tiga jenis: retinol (Vitamin A1), 3,4-didehydroretinol (Vitamin A2), and 3-hydroxy-retinol (Vitamin A3).Makanan yang kaya vitamin A adalah ubi keledek dan karot.

• Vitamin C yang juga dikenali sebagai askorbik acid boleh didapati dalam bijirin dan buah-buahan seperti epal, oren, mangga, nenas, raspberi, strawberi, blueberi, pear, grapefruit dan kranberi.

• Vitamin E yang juga dikenali sebagai alpha-tocopherol, banyak terdapat dalam minyak seperti safflower, soybean dan dalam sayuran hijau, bijirin penuh, avocado, almond, olive, mangga, kacang, brokoli dan lain-lain.

Selain itu, makanan ini juga tinggi kandungan antioksida: teh hijau, kunyit, gingko biloba, kacang pecan, kekacang dan koko.

Kesimpulannya, pengambilan antioksida yang tinggi dalam diet harian dapat membantu dalam memperlahankan proses penuaan, meningkatkan sistem imun, dan mengurangkan risiko penyakit kanser, jantung, arthritis dan pelbagai jenis penyakit lagi..

Maklumat Kanser Pangkal Rahim .Kanser Ovari>klik