RawatKanser|Com » Info Kanser

BOLEHKAH PESAKIT KANSER SEMBUH DAN DOA MERAWAT KANSER
BOLEHKAH    PESAKIT KANSER SEMBUH?

Artikel dari DR HAMID ARSHAD.COM

http://home.hamidarshat.com/ISPKanser.htm

Reaksi    orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada    penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap    penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser.    Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu    fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda    di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah    walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan    terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan    penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi    umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat    merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun    kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.    Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan    seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap    smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada    tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Tanda-Tanda    Penyakit Kanser

Di    antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1.     Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan    haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan    dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja,    susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada,    keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan    kesakitan pada buah dada.

2.     Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh    dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak    pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3.     Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah    darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal.    Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya    ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4.     Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala,    pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa.    Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau    sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu,    mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang    tidak dapat dikesan puncanya.

Pengesahan    Penyakit Kanser

Pengesahan    penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil     daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya,    di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian    lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound,    X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain

Kaedah    Rawatan Kanser

Satu    perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat    ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh    badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh    melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati,    tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak,    rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh    pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan    mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu    lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis    sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser    boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan    menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi    rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan    begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah    penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal    rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal    rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada    sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya    kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum    ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap    smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser. Dan    jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh    dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar,    perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak    lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel    kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan    rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang    seratus-peratus baik

Konsep    Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan

Pernah    kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah    dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh    hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit    itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser.    Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar. Pesakit-pesakit    yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat    tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi,    atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya.    Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters    yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah tempoh hidup enam bulan tetapi    dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai    ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason    Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan    cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara    dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi    cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun    kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak    boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional    mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini    belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional    dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Pakar-pakar    perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya,    iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan    Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang    dihidapi sembuh

Prinsip-Prinsip    Rawatan Bagi Penyakit Kanser

Beberapa kaedah    moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:

1.     Pembedahan

2.     Ubat kemoterapi

3.     Radioterapi

Pembedahan

Kadang-kala    kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya,    kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan    rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh    dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser    tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.

Pembedahan    bagi kanser adalah dianggap sebagai satu pembedahan yang besar dan    kadang-kala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser    itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser    buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar    di sekelilingnya. Jika kanser melibatkan    tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru    kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit    kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai    dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.

Waktu pemulihan    selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting    dalam tubuh. Kadang-kala ia melibatkan pembedahan untuk membaik-pulih atau reconstructive    surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada    tulang dagu.

Semua bahagian    tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat    mana dan apa jenis kanser yang telah dihidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah    merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang    lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah    rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini,    para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk    mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting    dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini,    rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya

Kemoterapi

Sesetengah    penyakit kanser seperti kanser darah (leukimia), dan kanser rahim yang dinamakan    choricarcinoma biasanya tidak memerlukan    rawatan secara pembedahan, tetapi ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau kemoterapi.    Kegunaan ubat-ubat kemoterapi sebagai perawat kanser utama, hanya terhad kepada    beberapa jenis kanser sahaja dan sesetengahnya telah saya nyatakan di atas.    Tetapi, ubat-ubat kemoterapi sering digunakan sebagai cara rawatan lanjutan    selepas seseorang itu dibedah akibat daripada kanser yang dihidapi dan setelah    dipastikan kanser itu telah merebak ke tubuh yang lain.

Terdapat    banyak jenis ubat-ubat kemoterapi yang biasanya diberikan secara suntikan atau    secara ubat tablet. Di negara kita ini, Institut Barah Kuala Lumpur banyak memberikan    rawatan ke atas penyakit kanser. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang rapi    kerana ubat-ubat kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi    ia juga boleh merosakkan sel-sel normal.

Kesan sampingan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang    sedang mendapat rawatan kemoterapi, misalnya ia boleh menindas pertumbuhan sel-sel    darah menyebabkan penghidap mengalami kekurangan dan juga sel-sel darah putih    untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya    kuman. Kadang-kala, pesakit mengalami masalah rambut gugur ketika menjalani    rawatan kemoterapi, bibir mungkin pecah terkena ulser. Inilah di antara beberapa    kesan sampingan, tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor yang mahir    dalam bidang ini, masalah ini, Insya-Allah akan dapat dikawal. Rawatan dengan    kemoterapi kadang-kala perlu diulang setelah satu atau dua bulan kemudian, dan    khususnya jika doktor yang merawat itu mendapati ada tanda-tanda bahawa penyakit    kanser itu masih aktif lagi

Rawatan    Dengan Radioterapi

Ini adalah    satu kaedah rawatan yang penting bagi penyakit kanser. Pelbagai jenis radiasi    telah digunakan dan kaedah rawatan ini boleh didapati daripada Institut Barah    di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit kanser.    Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan rawatan boleh dilakukan secara pancaran    dari luar ataupun pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam bahagian    tubuh badan. Misalnya, dalam kes kanser pangkal rahim, rawatan secara radiasi    adalah pilihan utama. Dalam kaedah rawatan ini, logam radium radioaktif dimasukkan    ke dalam rahim untuk beberapa hari dengan tujuan supaya logam ini akan mengeluarkan    bahang radiasi dan membinasakan sel-sel kanser. Di samping ia membinasakan sel-sel    kanser, bahang radiasi juga boleh membinasakan sel-sel yang normal. Misalnya,    dalam rawatan kanser pangkal rahim, sel-sel normal (kilang telur atau ovari)    boleh juga musnah dan ini menyebabkan kehabisan hormon estrogen bagi wanita    tersebut selepas rawatan. Kesan kehabisan hormon estrogen pada wanita ialah    seperti kaedah putus haid.

Di antara    kesan sampingan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan radioterapi ialah    kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna kehitaman sedikit. Tetapi dengan     teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadang-kala,    organ-organ lain di sekeliling ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada    pancaran X-ray, misalnya seseorang pesakit yang sedang mendapat rawatan radioterapi    bagi kanser pangkal rahim. Kadangkala pundi-pundi air kencing dan saluran najis    akan mengalami kerosakan sedikit menyebabkan gangguan sementara dalam fungsi    organ tersebut

Perubatan    alternatif kanser

Terdapat    terlalu banyak keadah-kaedah perubatan alternatif atau pilihan lain, samaada    di pasaran tempatan atau luar negara untuk mengubati penyakit kanser. Pada asasnya    saya bersetuju dengan kegunaan ubatan alternatif tetapi dengan syarat pesakit-pesakit    perlu menjalani rawatan perubatan moden dahulu. Perubatan alternatif digunakan    sebagai rawatan tambahan atau sokongan khususnya dalam kes-kes di mana rawatan    moden kurang berkesan.

Dalam    internet terdapat banyak laman-laman berkenaan perubatan alternatif. Baca dan    nilailah dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mendapatkan rawatan    alternatif. Ada kalanya rawatan-rawatan tersebut berkesan dan ada kalanya tidak.    Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah swt.

Rumusan

Walaupun    ada hadis-hadis Nabi yang bermaksud,

“bahawa    setiap penyakit ada ubatnya”,

masih    banyak lagi kaedah rawatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya    sedikit sahaja, Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun demikian, kita sebagai    pesakit perlulah berusaha mencari di mana sahaja kita ketahui ada kaedah     rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan    moden. Di samping itu, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf atas musibah    yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan banyak bertasbih. Mungkin    ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi    kesalahan yang telah kita lakukan di masa lepas. Yang pentingnya ialah kita    percaya, bahawa penyakit kanser adalah satu perkara yang diturunkan oleh Tuhan.    Tentulah ada sebabnya, hanya kita sahaja tidak mengetahui apa puncanya. Perbanyakanlah    berzikir dan bertafakur sambil memuji kebesaran Allah. Dengan bersabar menanggung    kesakitan, kita akan mendapat pahala. Rawatan yang berlebihan boleh mempercepatkan    maut. Saya sendiri pernah melihat pengidap kanser diberi rawatan secara pembedahan    diikuti dengan rawatan kemoterapi serta radioterapi atas keghairahan saudara-mara    atau doktor yang merawat. Perbuatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu    baik kerana seperti yang saya nyatakan di atas, bahawa kaedah-kaedah rawatan    seperti kemoterapi dan radioterapi boleh juga merosakkan sel-sel yang normal    dan seterusnya mengganggu dan menjejaskan fungsi-fungsi organ tubuh badan yang    lain. Rawatan yang berlebihan (overdose)    boleh mempercepatkan maut seseorang penghidap kanser.

Satu    perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat    awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah    tertentu untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal supaya apa juakaedah    rawatan yang diberikan boleh membaikpulih pesakit.

http://home.hamidarshat.com/ISPKanser.htm

“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.

Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah.

<object style="padding: 0px; margin: 0px;" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/Zq0LGO6UdBY&hl=en&fs=1&" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed style="padding: 0px; margin: 0px;" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/Zq0LGO6UdBY&hl=en&fs=1&" allowfullscreen="true"></embed></object>

via : Surah Al-Waqiah | Wikipedia |

“Dan katakanlah, KEBENARAN telah datang dan yang batil telah lenyap; sungguh, yang batil itu pasti lenyap.Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..”:QS Al-Israk:81-82

PENAWAR KANSER DARI AL-QURAN

Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..”:QS Al-Israk:82

Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian.Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia.Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu ’setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati’.Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan

Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Dr.H: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT KANSER DENGAN BIJI APRICOT VITAMIN B17

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).