PENAWAR KANSER DAN MERAWAT KANSER

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH, adawiyah.koh@utusan.com.my
Petikan: Utusan Malaysia
ARKIB : 10/05/2009 (PENAWAR KANSER DAN MERAWAT KANSER)
PERSEDIAAN menghadapi peringkat menopaus perlu mengurangkan tekanan.
KITA sering mengungkap kasih ibu membawa ke syurga. Sentuhan ibu juga yang mengeratkan hubungan anak serta membina kesejahteraan keluarga. Bukan itu sahaja, peranan wanita yang bergelar ibu cukup besar dalam menguruskan rutin keluarga, malahan, mereka yang bekerja terpaksa menguruskan dua tugas setiap hari.
Walaupun masa mereka terhad, seorang ibu akan berusaha melaksanakan tugas di rumah dan pejabat dengan sempurna. Di sebalik wajah yang tabah dan tenang, golongan ini tidak akan lari daripada risiko serangan penyakit berbahaya.
Bahkan, peranan seorang ibu bukan sedar mendidik atau membesarkan anak tetapi dia merupakan wanita pertama yang hadir dalam hidup setiap insan. Ibu jugalah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan kita menghuni rahimnya, sebelum kita melihat dunia. Tidak hanya itu, ibu jugalah yang bertarung nyawa, menjaga, membelai, membesarkan dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kita yang bergelar anak.
Hakikatnya, membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga memang memenatkan buat wanita moden kini. Ada kalanya tiada masa untuk memikirkan diri sendiri.
Ada juga yang mengambil berat soal kesihatan tetapi terlalu sibuk untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kandungan khasiat pada label makanan. Ada juga yang tidak pasti jika ia membekalkan pelbagai khasiat diperlukan untuk kehidupan seharian.
Kekurangan khasiat penting boleh mengakibatkan seseorang itu tidak mampu berfungsi pada tahap sewajarnya. Ia boleh menyebabkan keletihan, mudah dijangkiti penyakit dan tiada rangsangan untuk melakukan kerja seharian.
Apabila tahap tenaga semakin rendah, kita sangat mudah untuk tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan ini menganggu gaya hidup wanita.
Emosi wanita sebagai isteri, ibu dan pengurus rumah tangga mempunyai pengaruh besar kepada seisi keluarga. Masalah akan bertambah teruk jika suami dan anak tidak faham apa yang dilalui wanita sehingga ada yang mengalami tekanan dan kemurungan.
Jadi wanita berkemungkinan berasa rendah diri atau malu kerana mereka mempunyai gejala penyakit seperti gangguan hormon ketika kehamilan, menopaus dan sebagainya hingga gangguan emosi.
Sempena hari ibu yang jatuh pada hari ini, seisi keluarga perlu memahami penyakit-penyakit yang boleh menyerang seorang ibu.
Tidak hanya meraikan hari istimewa ini di tempat-tempat makan malam seperti hotel, namun sebagai suami dan anak, anda perlu memahami keperluan kesihatan ibu.
Pencegahan awal dan penjagaan berterusan kesihatan ibu amat penting untung membina kesejahteraan keluarga dan membendung kemurungan emosi golongan ini.
Dalam membicarakan penyakit serius wanita, terdapat empat peringkat umur yang harus difahami wanita.
Keempat-empat peringkat ini termasuk 18 hingga 30 tahun, 30 hingga 50 tahun, 50 hingga 70 tahun dan 70 tahun ke atas.
Masing-masing mempunyai risiko penyakit yang berbeza.
Bagi golongan ibu, terdapat enam penyakit yang sering dihidapi iaitu kanser payu dara, kanser rahim atau serviks, menopaus, serangan jantung, kehamilan dan osteoporosis.
Namun, terdapat juga penyakit puan lain yang sering dialami seperti penyakit seksual dan mata.
Kehadiran penyakit ini dalam diri wanita memberi impak terhadap emosi wanita kerana ketidakstabilan perasaan.
Menurut Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, kanser payu dara masih menjadi penyakit umum wanita di seluruh dunia.
Menurut nisbah penyakit ini, 19 wanita daripada jumlah penduduk mempunyai risiko menghidap penyakit ini.
“Kanser payu dara ialah ketumbuhan atau tumor payu dara boleh jadi berkanser atau benigna (tumor bukan barah). Ketumbuhan mungkin disebabkan oleh fibroadenoma dan penyakit fibrosistik. Kedua-dua bengkak ini bagaimanapun hampir tidak pernah bertukar menjadi kanser,” katanya pada bengkel media anjuran Weber Shandwick dengan sokongan Novartis.
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, disusuli dengan lelehan yang keluar dari puting, kadang kala mengandungi darah.
Bagi mengesan awal penyakit ini, wanita yang berumur 50 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan mamogram. Namun, wanita berumur 40 hingga 49 tahun yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan kanser ini perlu melakukan pemeriksaan mamogram awal.
“Selain mamogram, kaedah pemeriksaan payu dara sendiri (BSE) membantu wanita mengenali tubuh sendiri dan dapat mengesan keganjilan pada payu dara mereka.
Tidak dapat dinafikan masih ramai wanita malu untuk memeriksa dan berasa tidak selesa menyentuh tubuh sendiri. Jika ada benjolan, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Usah tunggu benjolan menjadi sakit kerana risiko penyakit bertambah buruk sangat tinggi,” ujarnya.
Selain kanser payu dara, seorang ibu juga berisiko tinggi diserang kanser rahim atau serviks..
Menurut laporan Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan, kanser ini merupakan jumlah kanser kedua tertinggi.
Jumlah 12.9 peratus pesakit kanser wanita dengan 19.7 peratus kes daripada 10 000 penduduk.
“Pendarahan selepas mengadakan hubungan seks antara tanda penting barah kian membesar. Oleh kerana tiada tanda atau kesakitan pada peringkat awal barah pangkal rahim, ramai wanita kurang memberi perhatian pada penyakit ini. Barah pangkal rahim boleh dikesan melalui ujian lumuran pap (pap smear) yang diperkenalkan sejak 60 tahun lalu,” jelas Dr. Nor Ashikin.
Sebenarnya semua wanita terdedah pada jangkitan HPV, tetapi biasanya sistem imun badan dapat menghapuskannya dalam masa satu atau dua tahun.
Namun dalam sesetengah keadaan, virus ini terus tinggal dalam badan sehingga wanita tua tanpa menyebabkan barah.
” Virus akan membiak dan mula menyebabkan barah apabila sistem imun badan lemah. Proses ini mengambil masa lama; antara lima hingga 10 tahun untuk membentuk fasa pra kanser. Dari fasa ini ia mengambil masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menjadi kanser. Ini sebabnya wanita disaran menjalani ujian lumuran pap yang boleh mengesan kehadiran sel kanser dari peringkat awal,” jelasnya.
Tidak ketinggalan, seorang ibu yang meningkat usia, mereka akan melalui fasa menopaus. Kebanyakan orang ada persepsi kurang menyenangkan terhadap menopaus, terutama apabila ia dikaitkan dengan perubahan sikap dan emosi wanita.
“Hakikatnya, perubahan emosi wanita yang di ambang atau menjalani proses menopaus bukan dibuat-buat kerana semuanya berkaitan dengan perubahan hormon estrogen dan progesteron.
Menopaus adalah proses yang berlaku secara perlahan-lahan dan diiringi beberapa gejala seperti selaran kepanasan, perubahan emosi, kekeringan dan sukar tidur malam,” jelasnya.
Seseorang wanita hanya dikatakan menopaus apabila haidnya terhenti selama setahun. Selepas setahun bebas haid, sebarang pendarahan vagina dianggap tidak normal dan jika ia berlaku pada anda, segera berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.
Kekurangan maklumat dan kewujudan pelbagai teori tidak tepat menyebabkan ramai orang, termasuk wanita, mempunyai persepsi negatif terhadap menopaus.
Kaedah terapi penggantian hormon (HRT) penting untuk mencegah penyakit jantung dan osteoporosis.
Namun yang lebih penting ialah kesejahteraan seseorang wanita selepas menopaus khususnya kestabilan emosi.
Sebagai persediaan, setiap wanita perlu bersedia menghadapi fasa menopaus dengan sikap terbuka dan berfikiran positif.
Selain tiga penyakit ini, Dr. Nor Ashikin memberitahu, wanita juga berisiko menghidap serangan jantung.
Sakit jantung menjadi faktor utama kematian lelaki dan wanita di seluruh dunia termasuk 22.5 peratus penyebab kematian wanita Malaysia ialah sakit jantung.
“Apabila wanita mencapai umur 50 tahun, dia mudah diserang sakit jantung. Wanita yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, merokok, kandungan kolestrol yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal berisiko menghidap menyakit ini,” jelasnya.
Bagi menjaga kesihatan jantung, anda perlu mengurangkan atau menjauhi asap rokok, menjaga berat badan, bersenam sekurang-kurangnya 30 hingga 40 minit untuk lima kali seminggu, berdiet dam merawat atau kawal aras gula dalam darah (diabetes), kolestrol dan tekanan darah.
Sementara itu, perubahan hormon ketika kehamilan juga mempengaruhi kesihatan bakal ibu.
Mana tidaknya, tekanan dan kebimbangan yang dirasai boleh menganggu emosi.
Dr. Nor Ashikin berkata, persedian ibu perlu dilakukan bermula saat kehamilan hingga kelahiran.
Misalnya, bakal ibu boleh mereka mengalami masalah pedih ulu hati dan morning sickness, ia pasti menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan berpanjangan.
Tidak ketinggalan, wanita juga akan mengalami masalah penyakit ketika datang haid, kesuburan, pencegah kehamilan dan gejala jangkitan akibat seks STD.
Penyakit-penyakit ini mempengaruhi perubahan emosi wanita dan menganggu rutin harian mereka.
Pada bengkel media yang sama, Pakar Perunding Kanan Endrokrinologis, Profesor Chan Siew Pheng turut melahirkan kebimbangan tentang kurangnya kepekaan wanita tentang kesihatan tulang iaitu osteoporosis.
Peningkatan usia, pemakanan dan gaya hidup menjadi antara faktor risiko osteoporosis.
“Semakin lanjut usia seseorang, semakin tinggi risiko mendapat penyakit ini dan tulang menjadi lebih cepat rapuh jika merokok, tidak bersenam dan kurang memberi penekanan terhadap penjagaan makanan.
“Selain itu, sejarah keluarga, berat badan, minum alkohol, menopaus dan pengambilan ubat-ubatan,” jelasnya.
Apabila umur meningkat, kita mengalami proses kehilangan jisim tulang dan osteoporosis lebih banyak berlaku pada wanita kerana lelaki mempunyai rangka tulang lebih besar.
Selain meminum susu khusus untuk menguatkan kalsium, wanita boleh mengambil suplemen kalsium kerana susu bukan jaminan untuk memperolehi kalsium. Selain itu, berjemur di bawah cahaya matahari, dapat memberi tambahan vitamin D terutamanya ketika matahari sedang sederhana terik dan bukannya pada awal pagi dan lewat petang.
Sebagai ibu, melakukan senaman dapat membantu mengawal osteoporosis.
MENCEGAH PENYAKIT KANSER ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).
Sebenarnya terdapat 3 jenis kanser yang kita patut tahu iaitu:
Yang pertama dipanggil Karsinoma. Ianya lazimnya berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payu dara dan saluran pernafasan.
Yang kedua ialah Sarkoma. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.
Yang ketiga dipanggil Leukemia. Ini merupakan jenis kanser pada tisu yang membentuk sel-sel darah.
Kanser wujud dengan 4 peringkat:
Peringkat Pertama (Awal): Kanser yang dikesan besarnya tidak lebih dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.
Peringkat kedua: Saiz kanser ini ialah antara 2cm 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke bahagian lain.
Peringkat ketiga: Saiznya lebih besar dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh dirasa dengan tangan benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang lain.
Peringkat keempat (Lanjut): Saiznya boleh jadi kecil atau besar, telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher serta merebak di bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang, otak, hati dan sebagainya.
Rawatan-rawatan yang diambil Sekarang:
Pembedahan:
a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
b) Buang keseluruhan bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.
Kimoterapi:
Penggunaan dadah yang disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang mungkin masih berkeliaran. Ianya dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika rawatan ini, semua sel badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan dibunuh. Sebab itu sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan yang paling lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.
Radioterapi
Penggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkannya dari tumbuh semula di tempat tersebut.
Rawatan Tambahan
Pengambilan pil untuk mengelakkan kewujudan semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve. Maksudnya, kanser yang telah dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas terhadap hormon estrogen yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain, kanser ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain untuk menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.
Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti berikut:
Umur
Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas.
Kitaran Haid
Salah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).
Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser payu dara terjadi.
Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.
Kelahiran Pertama
Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.
Sejarah Keluarga
Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini.
Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.
Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:
a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga yang sama.
d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama.
Nota:
Saudara perempuan peringkat pertama = ibu, kakak/adik, anak
Saudara perempuan peringkat kedua = nenek, cucu, makcik, anakbuah
Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan
Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan. Diet yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita lebih berasid. Ini faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.
Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.
Pengambilan Pil Perancang Keluarga
Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.
Dedahan kepada Radiasi
Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.
Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen
Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.
Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan karsinogen yang ada pada satay itu.
Diet yang dapat menentang kanser:
* Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
* Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
* Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
* Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
* Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
* Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
* Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
* Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
* Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
* Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
* Jangan makan makanan yang telah berkulat.
* Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
* Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.
* Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
* Kulit ayam/itik mesti dibuang.
* Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
* Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
* Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
* Beli sayuran organik jika mudah didapati.
* Makan cendawan payung, tiram, ****ake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
* Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
* Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
* Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
* Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
* Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
* Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
* Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
* Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
* Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula.
* Sebagai insan berugama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada buat setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala Qada adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi.
* Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
* Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini.
* Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/anggapan buruk pada orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat.
Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
* Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.
Ingin mencuba rawatan alternatif untuk kanser dengan Vitamin B17? Sila klik sini untuk dapatkan biji aprikot B17