Ubat Kanser darah Luekimia dan Merawat Luekimia

Apa itu Leukemia?

Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Biasanya sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu dan sel-sel tidak matang dan berpecah secara berterusan dan ia adalah sebahagian dari kumpulan penyakit yang dipanggil Hematological Neoplasm.

Perkataan Leukemia bererti darah putih, ianya diambil sempena nama penyakit, jumlah sel darah putih yang tinggi pada pesakit Leukemia sebelum rawatan. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel tidak normal dan tidak dapat berfungsi mengawal jangkitan dalam badan. Semasa penyakit ini terjadi ,ianya akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.

Apakah jenis – jenis Leukemia?

Leukemia boleh jadi akut (merebak dengan cepat) atau kronik (merebak perlahan). Pada kanak-kanak lebih kurang 95% adalah Leukemia Akut.

Leukemia lymphocytic akut juga dikenali sebagai ALL adalah yang paling biasa terdapat pada kanak-kanak.

Leukemia Myelogenous akut atau AML kebiasaannya terjadi di kalangan orang dewasa dari kanak-kanak.

Leukemia lymphocytic Chronic (CLL) biasanya berlaku di kalangan orang dewasa yang berusia melebihi 55 tahun. Ia juga boleh berlaku di kalangan remaja.

Leukemia myelogenous kronik (CML) biasanya berlaku pada orang dewasa sahaja. Hanya segelintir kanak-kanak dikesan mengalami penyakit ini.

Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak. 1/3 dari kanak-kanak yang mengalami barah adalah dari jenis Leukemia.

Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?

Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.

Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.

Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia darah. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.

Lain-lain tanda dan gejala leukemia.

  • Lemah dan letih lesu
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan
  • Bengkak dan gusi berdarah
  • Sakit kepala
  • Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa
  • Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan
  • Sakit sendi
  • Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan pembengkakan di muka dan pernafasan berbunyi


Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?

Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kejadian Leukemia terhadap seseorang.

Terdapat kaitan antara tempat kediaman dengan kawasan yang bervoltan tinggi dalam penyakit Leukemia ini tetapi tiada bukti yang kukuh diperoleh.

Faktor persekitaran umpamanya radiasi dan pendedahan yang kronik terhadap bahan kimia yang toksik seperti Benzene. Terdapat kebimbangan berkaitan kediaman yang berhampiran dengan kawasan yang membekalkan jana kuasa bervoltan tinggi dan boleh menyebabkan Leukemia, tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh.

Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.

Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dari kanak-kanak normal.

Immunodeficiency – Kanak-kanak yang mengalami penyakit mempunyai risiko yang tinggi mendapat malignancy lymphoid.

Sehingga kini sebab dan punca Leukemia belum di ketahui, kita tidak boleh mengelak dari mendapat penyakit.

Diagnosa Leukemia

Pemeriksaan fizikal dan sejarah latar belakang yang menyeluruh. Doktor akan memeriksa kanak-kanak untuk menilai tahap kesihatannya dan mengesan tanda-tanda penyakit, seperti pucat, pendarahan, pembengkakan hati dan limfa, nodus limfa dan lain-lain kelihatan luar biasa. Sejarah penyakit dan rawatan yang lalu juga diambil kira. Jika disyaki ianya Leukemia, doktor akan menjalankan ujian complete blood count ( CBC) bagi mengira jumlah sel darah putih, hemoglobin, hematokrit, dan jumlah platelet dari sampel darah.

Smear darah akan dilakukan ke atas sampel yang sama untuk mengesan sel darah putih yang tidak normal atau ‘blast’

Jika keputusan darah menunjukkan Leukemia, pengambilan darah dari sum-sum tulang dan biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan penyakit dan jenis Leukemia. Ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum ke dalam tulang punggung leper untuk mendapatkan sampel darah dari sum-sum tulang dan cebisan tulang. Pakar hematologi akan menguji sampel darah dari sum-sum tulang untuk melihat kehadiran sel Leukemia. Ujian ini sangat penting untuk mengesahkan sama ada penyakit itu Leukemia (kaitan sum-sum tulang).

Ujian yang seterusnya, sampel yang sama dilakukan bagi menentukan jenis yang lebih spesifik atau jenis Leukemia dari jenis lain. Analisa Cytogenetic juga dijalankan untuk mengesan jika terdapat kromosom yang tidak normal dalam sel Leukemia. Ujian ini akan membantu doktor untuk merancang rawatan pada kanak-kanak tersebut.

Bagaimanakah menentukan tahap Leukemia?

Leukemia adalah penyakit sistemik. Tidak seperti barah organ yang lain, ianya tiada tahap-tahap tertentu dalam Leukemia. Walau bagaimanapun, ujian-ujian lain perlu dilakukan untuk mengesan keterukan penyakit. Ini termasuk:

  • Pengambilan cecair spinal (Lumber Puncture). Prosedur ini dilakukan untuk mengambil cecair dari saraf tunjang bagi pemeriksaan mikroskopik untuk mengesan kehadiran sel Leukemia. Ianya dilakukan dengan menyuntik jarum diruang spinal di bahagian belakang badan yang dinamakan LP atau ‘tap’ spinal
  • X-ray dada: untuk mengesan pembesaran nodus limfa di dalam dada
  • Biopsy testicular: Pembuangan sel atau tisu dari testikal, yang boleh dilihat di bawah mikroskop untuk mengenal pasti tanda-tanda barah. Prosedur ini dilakukan jika terdapat keganjilan semasa pemeriksaan fizikal

Kumpulan berisiko adalah seperti berikut:

  • Risiko sederhana (rendah) : termasuk kanak-kanak berusia 1-9 tahun yang mempunyai sel darah putih kurang dari 50,000/µL semasa di diagnosa
  • Risiko tinggi : kanak-kanak yang kurang dari 1 tahun atau lebih dari 9 tahun dan mempunyai sel darah putih 50,000/µL atau lebih semasa di diagnosa cytogenetic yang ganjil seperti contohnya Philadelphia chromosome.

Adalah sangat penting untuk mengetahui kumpulan berisiko agar doktor boleh merancang rawatan yang diperlukan


Bagaimana Leukemia dirawat?

Kanak-kanak yang menerima rawatan barah akan di rawat oleh Pakar Onkologi kanak-kanak, iaitu doktor yang mempunyai kepakaran dalam perawatan kanak-kanak yang menghidap barah. Pakar Onkologi kanak-kanak akan merujuk kanak-kanak tersebut kepada sekumpulan doktor Pakar kanak-kanak yang berpengalaman dalam bidang perubatan seperti berikut:

  • Hematologi/Pakar kajian darah
  • Pakar pembedahan kanak-kanak
  • Radiation onkologi
  • Pakar Endokrin
  • Pakar saraf
  • Radiologi
  • Pekerja sosial
  • Pakar Pemulihan
  • Pakar psikologi

3 jenis rawatan yang biasa digunakan dalam rawatan leukemia.

  • Kemoterapi
  • Terapi radiasi
  • Kombinasi pemindahan sel stem (dalam AML dan risiko tinggi ALL atau berulang semula- ALL)

Rawatan ALL di kalangan kanak-kanak dilakukan mengikut peringkat seperti berikut:

  • Terapi Induksi : Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya untuk membunuh sel Leukemia di dalam darah dan sum-sum tulang. Ini akan mengurangkan kesakitan
  • Terapi Konsolidasi / pengukuhan : Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam tahap penyembuhan. Tujuan terapi ini untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin tidak berapa aktif tetapi boleh merebak semula.
  • Terapi yang berterusan (maintenance theraphy): fasa ke 3 rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin hidup dan menyebabkan penyakit berulang semula. Biasanya rawatan barah diberi dalam dos yang rendah daripada dos untuk induksi dan Terapi Konsolidasi / pengukuhan

Pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting. Kesan sampingan boleh berlaku akibat dari rawatan jangka panjang. Terapi radiasi ke atas kepala boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku.

Bolehkah penyakit leukemia ini berulang semula setelah dirawat?

ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.

MENCEGAH DAN MERAWAT  KANSER LEUKEMIA  DENGAN BIJI APRICOT VITAMIN B17

http://www.gojiking.co.uk/shop/images/apricot_kernels.jpg

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit LEUKEMIA INI.

Ubat dan Penawar kanser Prostat…klik sini




Comments are closed.