ubat Kanser hati dan maklumatnya – rawatan kanser hati

Apakah kanser hati?


Kanser yang bermula di dalam hati dipanggil kanser hati primer. Pada tahun 2000, kira-kira 1223 kes telah didiagnosis di Malaysia. Ia lebih lazim menyerang lelaki Cina. Walau bagaimanapun, adalah lazim bagi kanser untuk merebak ke hati daripada kolon, paru-paru, buah dada atau bahagian-bahagian lain tubuh. Apabila ini berlaku, penyakit ini bukannya kanser hati. Kanser di dalam hati ini merupakan kanser sekunder. Ia dinamakan mengikut organ atau tisu di mana ia bermula.

Maklumat ini hanyalah tentang kanser yang bermula di dalam hati. Ia bukannya tentang kanser yang merebak ke hati daripada bahagian-bahagian lain tubuh.

Hati

Hati merupakan organ yang terbesar di dalam tubuh. Ia terletak di belakang tulang rusuk pada bahagian kanan abdomen. Hati  mempunyai dua bahagian, suatu  lobus di sebelah kanan dan suatu lagi lobus yang lebih kecil di sebelah kiri.

Hati menjalankan banyak fungsi yang penting yang mengekalkan kesihatan seseorang. Ia mengasingkan bahan yang memudaratkan daripada darah. Ia menghasilkan enzim dan hempedu yang membantu menghadamkan makanan. Ia juga menukarkan makanan menjadi bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup dan membesar.
Hati mendapat bekalan darahnya daripada dua salur. Kebanyakan daripada darahnya disalurkan oleh vena portal hepatik.  Yang lainnya disalurkan oleh arteri hepatik.

Maklumat  kanser
Kanser merupakan suatu kumpulan beberapa penyakit yang berkaitan. Semua kanser bermula di dalam sel-sel, unit asas kehidupan di dalam tubuh kita. Sel-sel membentuk tisu-tisu, dan tisu-tisu membentuk organ-organ tubuh. Lazimnya, sel-sel akan membesar dan membahagi untuk membentuk sel-sel baru apabila tubuh memerlukan sel-sel itu. Apabila sel-sel menjadi tua dan mati, sel-sel baru akan mengambil alih tempat mereka. Kadang-kala berlaku kesilapan pada proses yang teratur ini. Sel-sel baru terbentuk apabila tubuh tidak memerlukan, dan sel-sel tua tidak mati apabila sepatutnya. Sel-sel lebihan ini akan membentuk suatu gumpalan tisu-tisu yang dipanggil ketumbuhan atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

.      Tumor-tumor benigna bukan kanser.  Biasanya, para doktor boleh mengeluarkannya. Sel-sel daripada tumor benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Di dalam kebanyakan kes, tumor benigna tidak akan terbentuk lagi setelah ianya dibuang. Paling penting, tumor benigna jarang mengancam nyawa.

.     Tumor-tumor malignan adalah kanser.  Tumor ini secara amnya lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa. Sel-sel kanser akan menceroboh dan merosakkan tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran. Juga, sel-sel kanser boleh terpisah dari tumor malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Beginilah cara sel-sel kanser merebak daripada tumor asal (tumor primer) untuk membentuk tumor-tumor baru (tumor sekunder) di dalam organ lain.  Kanser yang merebak ini dikatakan sudah metatesis. Jenis-jenis kanser yang berlainan selalunya akan merebak ke bahagian-bahagian tubuh  yang berlainan.

Kebanyakan kanser-hati primer bermula di dalam hepatosit (sel-sel hati). Kanser jenis ini dipanggil karsinoma hepatosel atau hepatoma malignan. Kanak-kanak mungkin mendapat  karsinoma hepatosel atau hepatoblastoma. Maklumat ini tidak mengulas kanser hati kanak-kanak.

Apabila kanser hati merebak (metatesis) ke bahagian luar hati, sel-sel kanser cenderung untuk merebak ke dalam nodus-nodus limfa yang berhampiran dan ke dalam tulang dan  paru-paru. Apabila ini berlaku, tumor  baru mempunyai jenis sel-sel abnormal yang sama seperti tumor primer. Contohnya, jika kanser hati merebak ke tulang, sel-sel kanser di dalam tulang sebenarnya ialah sel-sel kanser hati. Penyakit ini merupakan kanser hati metastetik, bukannya kanser tulang. Ia dirawat sebagai kanser hati, bukannya kanser tulang. Begitu juga, kanser yang merebak ke hati daripada suatu bahagian tubuh yang lain adalah berbeza daripada kanser hati primer. Sel-sel kanser di dalam hati adalah sama dengan sel-sel di dalam tumor asal. Apabila kanser merebak ke hati daripada organ yang lain (seperti kolon, paru-paru atau buah ubat), doktor mungkin akan memanggil tumor di dalam hati itu tumor sekunder.

Kanser Hati: Siapa yang berisiko?
Para penyelidik di hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan di seluruh dunia sedang mengkaji untuk mempelajari punca-punca kanser hati. Buat masa ini, tiada siapa mengetahui dengan tepat punca-puncanya.  Walau bagaimanapun, para ahli sains telah mendapati bahawa orang-orang yang mempunyai faktor-faktor risiko yang tertentu lebih cenderung mendapat kanser hati berbanding dengan yang lain. Faktor risiko ialah apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang menghidapi sesuatu penyakit.

Kajian telah menunjukkan faktor-faktor risiko yang berikut:

·    Jangkitan hati kronik (hepatitis) — Sesetengah virus boleh menjejaskan hati. Jangkitan ini mungkin kronik (Ia mungkin tidak boleh disembuhkan). Faktor risiko yang paling penting bagi kanser hati ialah jangkitan kronik virus hepatitis B atau hepatitis C. Virus-virus ini boleh dijangkiti daripada seorang kepada  seorang yang lain melalui darah (seperti berkongsi jarum) atau hubungan seksual. Seorang bayi mungkin menjangkiti virus ini daripada ibunya yang telah dijangkiti. Kanser hati boleh timbul selepas bertahun-tahun dijangkiti virus ini. Jangkitan-jangkitan ini mungkin tidak menimbulkan gejala-gejala, tetapi ujian darah dapat menunjukkan kehadiran virus ini. Jika ada, doktor mungkin mencadangkan rawatan. Juga, doktor mungkin akan membincangkan cara mencegah jangkitan kepada orang lain.
Pada orang yang belum dijangkiti virus hepatitis B, vaksin hepatitis B dapat mencegah jangkitan hepatitis B kronik dan melindungi daripada kanser hati. Para penyelidik kini sedang berusaha untuk menghasilkan suatu vaksin untuk mencegah jangkitan hepatitis C.

· Sirosis– Sirosis ialah suatu penyakit yang timbul apabila sel-sel hati menjadi rosak dan diganti dengan tisu parut. Mengambil terlalu banyak minuman beralkohol, ubat dan bahan kimia tertentu, dan beberapa virus atau parasit tertentu mungkin menyebabkan sirosis. Kira-kira 5 peratus orang yang mengalami sirosis mendapat kanser hati.

· Aflatoksin– Kanser hati boleh berpunca daripada aflatoksin, suatu bahan yang berbahaya yang dihasilkan  oleh jenis-jenis kulat yang tertentu. Aflatoksin boleh terbentuk pada kacang tanah, jagung, dan kacang dan bijirin yang lain. Di Asia dan Afrika, kontaminasi aflatoksin merupakan suatu masalah.

· Golongan lelaki – Orang lelaki berisiko lebih dua kali ganda mendapat kanser hati berbanding wanita.

· Sejarah keluarga — Orang yang mempunyai ahli-ahli keluarga yang menghidapi kanser hati mungkin lebih cenderung mendapat penyakit ini.

· Usia – kanser-kanser hati lebih selalu dialami orang-orang yang berusia melebihi 60 tahun berbanding dengan yang lebih muda.

Lebih banyak faktor-faktor risiko yang seseorang itu ada, lebih tinggi peluangnya mendapat kanser hati. Walau bagaimanapun, ramai orang yang mempunyai faktor-faktor risiko yang  diketahui tidak mendapat penyakit ini. Orang yang berasa ragu mereka mungkin berisiko mendapat kanser hati harus membincangkan keraguan ini dengan doktor mereka. Doktor itu mungkin akan merancang suatu jadual bagi pemeriksaan.

Gejala-gejala kanser hati
Kanser hati kadang-kala dipanggil “penyakit yang senyap” kerana pada peringkat awal kanser ini tidak menimbulkan sebarang gejala. Tetapi, apabila kanser mulai membesar, gejala-gejala mungkin termasuk:

· Kesakitan pada bahagian atas abdomen di sebelah kanan; kesakitan mungkin menular ke bahagian belakang dan bahu

· Abdomen yang bengkak (kembung)

· Turun berat badan

· Hilang selera dan sentiasa berasa kenyang

· Rasa lemah atau sangat letih

· Loya dan muntah-muntah

· Kulit dan mata yang kuning, dan kencing yang gelap akibat jaundis

· Demam

Gejala-gejala ini bukan tanda-tanda kanser hati yang pasti. Lain-lain penyakit hati dan masalah kesihatan yang lain boleh juga menyebabkan gejala-gejala ini. Sesiapa yang mempunyai gejala-gejala tersebut harus berjumpa doktor secepat mungkin. Hanya doktor sahaja boleh mendiagnosis dan merawat masalah ini.

Diagnosis

Cara rawatan kanser hati; Jika seseorang pesakit mempunyai gejala-gejala yang menunjukkan kanser hati, doktor akan melakukan satu atau lebih prosedur-prosedur berikut:

Pemeriksaan fizikal kanser hati Doktor itu akan meraba abdomen untuk memeriksa hati, limpa dan organ-organ yang berhampiran jika ada gumpalannya atau perubahan pada bentuk dan saiz. Doktor juga mengesan asites, peningkatan cecair yang abnormal di dalam abdomen. Doktor itu mungkin juga memeriksa kulit dan mata bagi tanda-tanda penyakit kuning.

· Ujian-ujian darah kanser hati — Banyak ujian darah akan dilakukan untuk mengesan masalah-masalah hati. Suatu ujian darah mengesan alfa-fetoprotein (AFP). Tahap AFP yang tinggi boleh jadi suatu tanda kanser hati. Ujian-ujian lain boleh menunjukkan hati berfungsi dengan baik.

· Skan CT kanser hati – Suatu mesin x-ray yang bersambung kepada suatu komputer akan mengambil suatu siri gambar-gambar hati dan organ-organ lain dan salur-salur darah di dalam abdomen secara terperinci. Pesakit mungkin akan menerima suntikan sejenis pewarna yang khas supaya hati boleh dilihat dengan jelas di dalam gambar-gambar tersebut. Daripada skan CT, doktor mungkin boleh melihat tumor-tumor di dalam hati atau di bahagian-bahagian lain

· Ultrabunyi– Alat ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi yang tidak dapat didengari oleh manusia. Gelombang-gelombang bunyi ini akan menghasilkan suatu corak gema-gema apabila gelombang-gelombang tersebut terpantul daripada organ-organ dalaman. Gema-gema ini akan membentuk suatu gambar (sonogram) hati dan organ-organ lain di dalam abdomen. Tumor-tumor mungkin menghasilkan gema-gema yang berlainan daripada yang dihasilkan oleh tisu-tisu yang sihat.

· MRI– Suatu magnet yang kuat yang bersambung kepada suatu komputer digunakan untuk membentuk gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Gambar-gambar ini dilihat pada monitor dan boleh juga dicetak.

· Angiogram– Bagi suatu  angiogram, pesakit mungkin berada di hospital dan diberikan ubat bius. Doktor akan menyuntik suatu pewarna ke dalam arteri supaya salur-salur darah di dalam hati akan kelihatan pada x-ray. Angiogram akan menunjukkan tumor di dalam hati.

· Biopsi– Di dalam sesetengah kes, doktor mungkin mengambil suatu sampel tisu. Seorang pakar patologi menggunakan mikroskop untuk mengesan sel-sel kanser di dalam tisu tersebut. Doktor itu mungkin mendapatkan tisu dengan beberapa cara. Satu cara ialah dengan memasukkan suatu jarum halus ke dalam hati untuk mengambil secebis kecil tisu. Kaedah ini dinamakan aspirasi jarum halus. Doktor mungkin menggunakan skan CT atau ultrabunyi untuk memandu jarum tersebut. Kadang-kala, doktor tersebut akan mendapatkan suatu sampel tisu menggunakan jarum yang agak besar (biopsi teras) atau dengan memasukkan tiub halus yang berlampu (laparaskop) ke dalam suatu potongan di dalam abdomen. Satu cara lagi ialah mengambil tisu melalui pembedahan.

Seseorang pesakit yang perlukan biopsi mungkin ingin bertanya kepada doktor soalan-soalan berikut:

  • Mengapa saya perlukan biopsi? Bagaimanakah biopsi ini akan memberi kesan ke atas rancangan rawatan saya?
  • Biopsi jenis apakah yang akan saya jalani?
  • Adakah terdapat risiko yang prosedur biopsi akan menyebabkan kanser merebak?
  • Berapa lama masa yang diambil? Adakah saya di dalam keadaan sedar? Adakah ia menyakitkan?
  • Bilakah keputusannya akan saya ketahui?
  • Jika benar saya menghidapi kanser, siapakah yang akan berbincang dengan saya tentang rawatan? Bila?

Pemeringkatan kanser hati

Jika kanser hati  telah didiagnosis, doktor perlu tahu peringkat, atau tahap, penyakit tersebut untuk merancang rawatan yang terbaik. Pemeringkatan ialah suatu usaha untuk mengetahui saiz tumor, sama ada tumor telah merebak,dan jika benar, ke bahagian-bahagian  tubuh yang mana. Pemeringkatan yang teliti menunjukkan sama ada tumor boleh diambil keluar melalui pembedahan. Perkara ini sangat mustahak kerana  kanser hati tidak boleh diambil keluar melalui pembedahan.

Doktor boleh memastikan peringkat kanser hati semasa diagnosis itu dibuat, atau mungkin pesakit terpaksa menjalani lebih banyak ujian.  Ujian-ujian tersebut mungkin termasuk ujian-ujian pengimbasan seperti skan CT, MRI, angiogram atau ultrabunyi. Ujian-ujian pengimbasan boleh membantu doktor mengesan sama ada kanser hati telah merebak. Doktor mungkin menggunakan suatu laparoskop untuk melihat secara terus ke dalam hati atau organ-organ yang berhampiran.

Rawatan kanser hati

Ramai orang yang menghidapi kanser hati mahu memainkan peranan aktif  di dalam membuat keputusan tentang penjagaan perubatan mereka. Mereka mahu mempelajari segala-gala yang boleh tentang penyakit mereka dan pilihan-pilihan rawatan mereka.  Walau bagaimanapun, rasa terkejut dan tertekan  yang pesakit alami setelah didiagnosis dengan kanser, membuatkan para pesakit sukar memikirkan semua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Selalunya, adalah berfaedah untuk membuat suatu senarai soalan-soalan sebelum suatu temu janji. Untuk mengingati apa yang telah dinyatakan oleh doktor, mereka boleh mengambil nota atau mintalah izin untuk menggunakan pita rakaman. Sesetengah pesakit juga lebih suka ditemani seorang ahli keluarga atau kawan semasa mereka berbincang dengan doktor – untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan, mengambil nota atau hanya untuk mendengar.

Buat masa ini, kanser hati hanya boleh disembuhkan hanya apabila ia dikesan pada peringkat yang awal (sebelum ia merebak) dan hanya jika pesakit itu cukup sihat untuk menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan selain pembedahan mungkin dapat mengawal penyakit ini dan membantu pesakit hidup lebih lama dan berasa lebih sihat.

Apabila penyembuhan atau pengawalan bagi penyakit ini tidak mungkin dapat dilakukan, sesetengah pesakit dan doktor mereka memilih terapi  paliatif. Terapi  paliatif bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang dengan mengawal kesakitan dan lain-lain masalah yang berpunca daripada penyakit ini.

Doktor itu akan merujuk pesakit kepada doktor-doktor lain yang mahir di dalam merawat kanser, atau pesakit mungkin meminta rujukan itu. Pakar-pakar yang merawat kanser hati termasuk pakar bedah, pakar bedah transplan, pakar gastroenterologi, pakar onkologi perubatan, dan  pakar onkologi sinaran.

Memperoleh  pendapat pakar yang  lain Sebelum memulakan rawatan, seseorang pesakit mungkin ingin memperoleh pendapat yang lain tentang diagnosis, peringkat kanser, dan rancangan rawatan. Terdapat beberapa cara untuk mencari seorang doktor yang boleh memberi pendapat mereka:

Pilihan-pilihan rawatan kanser hati
Doktor boleh menerangkan pilihan-pilihan rawatan dan membincangkan keputusan yang dijangkakan daripada setiap opsyen rawatan. Doktor dan pesakit boleh bekerjasama untuk membentuk suatu rancangan rawatan yang dapat memenuhi keperluan pesakit.

Kanser hati adalah sukar dikawal dengan rawatan yang sedia ada kini. Oleh sebab ini, ramai doktor menggalakkan pesakit kanser hati mempertimbangkan mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal. Percubaan klinikal merupakan kajian penyelidikan yang menguji rawatan-rawatan baru. Ia merupakan opsyen yang penting bagi orang-orang yang menghidapi semua peringkat kanser hati.

Pilihan rawatan bergantung kepada keadaan hati; bilangan, saiz dan kedudukan tumor; dan sama ada kanser telah merebak ke luar hati. Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira ialah umur pesakit, keadaan kesihatan, keraguan tentang rawatan dan kesan-kesan sampingannya yang mungkin, dan nilai-nilai peribadi.

Selalunya, faktor yang paling penting ialah peringkat penyakit. Peringkat ini ialah berdasarkan saiz tumor, keadaan hati, dan sama ada kanser telah merebak. Yang berikut merupakan keterangan ringkas tentang peringkat-peringkat kanser hati dan rawatan-rawatan yang paling selalu digunakan bagi setiap peringkat. Bagi sesetengah pesakit, rawatan-rawatan lain mungkin sesuai.

Kenapa kita Harus makan Apricot kernels ?


Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).Kanser Merupakan pembunuh senyap.



Kanser yang disetempatkan yang  dapat diresek (Localised resectable cancer)
Kanser hati yang disetempatkan yang  dapat diresek ialah kanser yang dapat diambil keluar secara pembedahan. Tidak terdapat bukti yang kanser itu telah merebak ke nodus limfa yang berhampiran atau bahagian-bahagian lain tubuh. Ujian-ujian makmal menunjukkan yang hati itu berfungsi dengan baik.

Pembedahan untuk mengambil keluar sebahagian daripada hati dipanggil hepatektomi. Tahap pembedahan bergantung kepada saiz, bilangan dan kedudukan tumor. Ia juga bergantung kepada bagaimana hati berfungsi. Doktor itu mungkin mengambil keluar secebis tisu yang mengandungi tumor hati, keseluruhan lobus, atau bahagian hati yang lebih besar.

Di dalam hepatektomi separa, pakar bedah meninggalkan sebahagian kecil tisu hati yang normal. Tisu yang masih ada ini akan mengambil alih fungsi hati.

Bagi sebilangan kecil pesakit, transplan hati mungkin suatu opsyen. Bagi prosedur ini, pakar bedah transplan mengambil keluar keseluruhan hati pesakit (hepatektomi total) dan menggantikannya dengan suatu hati yang sihat daripada seorang penderma. Transplan hati merupakan suatu pilihan hanya jika penyakit ini belum merebak ke luar hati dan hanya jika hati yang sesuai diterima daripada  seorang penderma. Sambil pesakit menunggu untuk memperoleh hati yang didermakan, pasukan penjaga kesihatan akan mengawasi kesihatan pesakit dan memberikan rawatan-rawatan lain  apabila perlu.

Kanser yang disetempatkan yang tidak dapat diresek (Localised unresectable cancer)
Kanser hati yang disetempatkan yang tidak dapat diresek ialah kanser yang tidak dapat diambil keluar secara pembedahan walaupun ia belum lagi merebak ke nodus limfa berhampiran atau bahagian-bahagian lain yang jauh di dalam tubuh. Pembedahan untuk mengambil keluar tumor tidak boleh dilakukan kerana sirosis (atau keadaan lain yang menyebabkan fungsi hati yang tidak lancar), kedudukan tumor di dalam hati, dan lain-lain masalah kesihatan.

Pesakit yang mengalami kanser hati yang disetempatkan yang tidak dapat diresek mungkin menerima rawatan-rawatan lain untuk mengawal penyakit dan memanjangkan umur:

· Ablasi  frekuensi radio – Doktor menggunakan suatu kuar yang khas untuk membunuh sel-sel kanser dengan bahang. Kuar ini mengandungi elektrod-elektrod yang kecil yang membinasakan sel-sel kanser. Kadang-kala, doktor boleh memasukkan kuar itu secara terus melalui kulit. Hanya anestetik setempat diperlukan. Di dalam kes-kes lain, doktor mungkin memasukkan kuar itu melalui suatu potongan di dalam abdomen atau mungkin membuat potongan yang lebih lebar untuk membuka abdomen. Prosedur-prosedur ini dilakukan di hospital menggunakan anestetik am.

· Terapi -terapi  lain yang menggunakan bahang untuk membinasakan tumor hati termasuk terapi  laser dan terapi  gelombang mikro.

·  Suntikan perkutaneus etanol – Doktor akan menyuntik alkohol (etanol) secara terus ke dalam tumor hati untuk membunuh sel-sel kanser. Doktor itu menggunakan ultrabunyi untuk memandu suatu jarum yang halus. Prosedur ini boleh dilakukan sekali atau dua kali seminggu. Selalunya anestetik setempat digunakan, tetapi jika pesakit mempunyai banyak tumor di dalam hatinya, anestetik am mungkin diperlukan.

· Kriosurgeri– Doktor membuat suatu potongan ke dalam abdomen dan memasukkan suatu kuar logam untuk menyejukbekukan dan membunuh sel-sel kanser. Doktor mungkin menggunakan ultrabunyi untuk membantu memandu  kuar itu.

· Infusi arteri hepatik — Doktor memasukkan suatu tiub (keteter) ke dalam arteri hepatik, arteri utama yang membekal darah ke hati. Doktor itu kemudiannya menyuntik suatu ubat antikanser ke dalam keteter itu. Ubat itu mengalir ke dalam salur-salur darah yang memasuki tumor. Oleh sebab hanya sedikit sahaja ubat sampai ke bahagian lain tubuh, ubat itu sebahagian besarnya menjejaskan sel-sel di dalam hati sahaja.

Infusi arteri hepatik juga boleh dilakukan dengan suatu pam yang kecil. Doktor memasukkan pam sebagai implan ke dalam tubuh semasa pembedahan. Pam ini akan berterusan menghantar ubat ke hati.

· Kemoembolisasi– Doktor memasukkan suatu keteter yang halus ke dalam suatu arteri di dalam kaki. Dengan menggunakan x-ray sebagai panduan, doktor menggerakkan keteter ke dalam arteri hepatik. Doktor menyuntikkan suatu ubat antikanser ke dalam arteri dan kemudian menggunakan partikel-partikel halus untuk menyekat pengaliran darah melalui arteri. Tanpa pengaliran darah, ubat berada di dalam hati lebih lama. Bergantung kepada jenis partikel yang digunakan, sekatan ini boleh jadi sementara atau kekal. Walaupun arteri hepatik disekat, tisu hati yang sihat masih menerima darah daripada vena portal hepatik yang membawa darah dari perut ke usus. Kemoembolisasi memerlukan pesakit tinggal di hospital.

· Hepatektomi sepenuhnya bersama transplan hati — Jika kanser hati yang disetempatkan tidak dapat diresek oleh sebab fungsi hati yang lemah, sesetengah pesakit mungkin dapat menjalani transplan hati. Sambil pesakit menunggu untuk memperoleh hati yang didermakan, pasukan penjaga kesihatan akan mengawasi kesihatan pesakit dan memberikan rawatan-rawatan lain apabila perlu.

Kanser yang telah lanjut
Kanser yang telah lanjut ialah kanser yang dikesan di dalam kedua-dua lobus atau yang telah merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh. Walaupun kanser lanjutan tidak boleh disembuhkan, sesetengah pesakit menerima terapi  antikanser di dalam usaha untuk melambatkan perkembangan penyakit ini. Pesakit yang lain pula membincangkan faedah-faedah dan kesan-kesan sampingan yang mungkin dan membuat keputusan bahawa mereka tidak mahu menerima terapi  antikanser. Di dalam kedua-dua kes, pesakit menerima penjagaan paliatif untuk melegakan kesakitan dan mengawal gejala-gejala.

Rawatan bagi kanser hati yang telah lanjut mungkin melibatkan kemoterapi, terapi  sinaran atau kedua-duanya.

· Kemoterapi menggunakan ubat-ubat untuk membunuh sel-sel kanser. Pesakit mungkin menerima satu ubat atau gabungan ubat-ubat. Doktor mungkin menggunakan kemoembolisasi atau infusi arteri hepatik. Atau doktor mungkin memberikan terapi  sistemik, yang bermaksud bahawa ubat ini disuntik ke dalam suatu vena dan mengalir melalui saluran darah ke hampir seluruh bahagian tubuh. Doktor mungkin akan memanggil rawatan ini kemoterapi IV atau intravena. Selalunya kemoterapi diberikan sebagai rawatan pesakit luar yang diberi di hospital, klinik atau bilik-bilik doktor. Walau bagaimanapun, bergantung kepada jenis ubat yang diberikan dan keadaan kesihatannya,  pesakit mungkin perlu tinggal di hospital.

· Terapi  sinaran (juga dipanggil radioterapi) menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Terapi  sinaran ialah terapi  setempat, yang bermaksud bahawa ia hanya menjejaskan sel-sel kanser  di bahagian yang dirawat. Sebuah mesin yang besar di luar tubuh memancarkan sinaran ke arah bahagian tumor.

Kanser berulang
Kanser berulang bermakna penyakit telah kembali selepas rawatan permulaan. Walaupun apabila suatu tumor di dalam hati kelihatan telah diambil keluar atau dibinasakan dengan sempurna, penyakit kadang-kala kembali kerana sel-sel kanser yang tidak dapat dikesan masih berada di dalam tubuh selepas rawatan. Kebanyakan kanser-kanser yang berulang terjadi dalam masa dua tahun pertama rawatan. Pesakit mungkin menjalani pembedahan atau gabungan beberapa rawatan bagi kanser hati yang berulang.

Berikut adalah beberapa soalan yang mungkin ingin ditanya kepada doktor sebelum rawatan bermula:

· Adakah terdapat bukti yang kanser telah merebak? Apakah peringkat penyakit ini?

· Adakah saya memerlukan ujian-ujian yang selanjutnya untuk menentukan sama ada saya boleh menjalani pembedahan?

· Apakah pilihan-pilihan rawatan saya? Apa yang anda syorkan bagi saya? Mengapa?

· Apakah faedah-faedah yang dijangkakan daripada setiap jenis rawatan?

· Apakah risiko-risiko dan kesan-kesan sampingan yang mungkin bagi setiap rawatan?

· Perlukah saya tinggal di hospital?

· Bagaimana anda akan merawat kesakitan saya?

· Apakah anggaran kos rawatan? Adakah rawatan ini dilindungi oleh pelan insurans saya?

· Bagaimanakah rawatan ini akan memberi kesan ke atas aktiviti-aktiviti harian saya?

· Adakah suatu percubaan klinikal (kajian penyelidikan) sesuai bagi saya?

Pesakit tidak perlu bertanyakan kesemua soalan mereka atau memahami kesemua jawapan di dalam suatu masa. Mereka akan mempunyai peluang-peluang lain untuk meminta pasukan penjaga kesihatan mereka menerangkan perkara-perkara yang kurang jelas dan meminta maklumat yang lebih lanjut.
Kesan-kesan sampingan Rawatan
Oleh sebab rawatan kanser mungkin merosakkan sel-sel dan tisu-tisu yang sihat, kesan-kesan sampingan yang tidak diingini selalu dialami. Kesan-kesan sampingan terapi  kanser bergantung terutamanya kepada jenis dan tahap rawatan. Juga, kesan-kesan sampingan mungkin tidak sama bagi setiap orang, dan ianya mungkin berubah dari suatu rawatan ke rawatan yang lain. Para doktor dan jururawat dapat menerangkan kesan-kesan sampingan terapi , dan mereka juga boleh membantu pesakit menanganinya.

Pembedahan
Pembedahan mengambil masa untuk sembuh dan masa yang diambil oleh seseorang pesakit untuk pulih juga berbeza. Para pesakit biasanya berasa tidak selesa dalam masa beberapa hari pertama selepas rawatan. Walau bagaimanapun, ubat selalunya dapat mengawal kesakitan mereka.  Pesakit tidak seharusnya keberatan membincangkan cara-cara melegakan kesakitan  dengan doktor atau jururawat. Adalah lazim untuk berasa letih atau lemah buat sementara waktu. Juga, pesakit mungkin mengalami cirit-birit dan berasa perut penuh di dalam abdomen. Pasukan penjaga kesihatan akan mengawasi pesakit bagi tanda-tanda perdarahan, jangkitan, kegagalan hati, dan masalah lain yang memerlukan rawatan serta-merta.

Selepas suatu transplan hati, pesakit mungkin perlu tinggal di hospital selama beberapa hari. Semasa waktu ini, pasukan penjaga kesihatan akan mengesan tanda-tanda bagaimana tubuh pesakit menerima hati yang baru itu. Pesakit mengambil ubat untuk mencegah tubuh daripada menolak hati baru itu. Ubat-ubat ini mungkin menyebabkan muka nampak berbengkak, tekanan darah tinggi atau bertambahnya rambut di badan.

Kriosurgeri
Oleh sebab potongan yang lebih kecil diperlukan bagi kriosurgeri, pemulihan selepas kriosurgeri secara amnya lebih cepat dan kurang menyakitkan berbanding pembedahan tradisional.  Juga, jangkitan dan perdarahan jarang sekali berlaku.

Suntikan etanol perkutaneus
Pesakit mungkin mengalami demam dan kesakitan selepas suntikan etanol perkutaneus. Doktor boleh mencadangkan ubat-ubat untuk melegakan masalah ini.

Kemoembolisasi dan infusi arteri hepatik
Kemoembolisasi dan infusi arteri hepatik menyebabkan kesan-kesan sampingan yang kurang daripada kemoterapi sistemik kerana ubat tidak mengalir melalui keseluruhan tubuh. Kemoembolisasi kadang-kala menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, demam dan kesakitan abdomen. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan masalah-masalah ini. Sesetengah pesakit berasa sangat lemah selama beberapa minggu selepas rawatan. Kesan-kesan sampingan infusi arteri hepatik mungkin termasuk jangkitan dan masalah-masalah alat pam. Kadang-kala alat ini harus diambil keluar.

Kemoterapi Sistemik
Kesan-kesan sampingan kemoterapi bergantung terutamanya ke atas ubat dan dos yang pesakit terima. Seperti juga dengan jenis-jenis rawatan yang lain, kesan-kesan sampingan adalah berbeza bagi setiap pesakit.
Kemoterapi sistemik menjejaskan sel-sel yang membahagi dengan cepat di seluruh tubuh, termasuk sel-sel darah. Sel-sel darah melawan jangkitan, membantu darah membeku, dan membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Apabila ubat antikanser merosakkan sel-sel darah, pesakit lebih mudah mendapat jangkitan, mudah lebam dan berdarah dan kurang bertenaga. Sel-sel di akar rambut dan sel-sel yang mengalas trek penghadaman juga membahagi dengan cepat. Akibatnya, pesakit mungkin keguguran rambut dan mengalami kesan-kesan sampingan lain seperti kurang selera, rasa loya dan muntah, atau sakit mulut. Selalunya kesan-kesan sampingan ini perlahan-lahan hilang di antara tempoh-tempoh rawatan atau selepas rawatan tamat. Pasukan penjaga kesihatan  akan mencadangkan cara-cara melegakan kesan-kesan sampingan.

Terapi  Sinaran
Kesan-kesan sampingan terapi  sinaran bergantung terutamanya ke atas dos rawatan dan bahagian tubuh yang dirawat. Pesakit berkemungkinan besar menjadi sangat letih terutamanya di dalam masa minggu-minggu terakhir rawatan. Rehat adalah mustahak, tetapi doktor selalunya menasihati pesakit supaya berusaha menjadi seaktif yang boleh.

Terapi  sinaran ke atas dada dan abdomen mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, atau ketidakselesaan membuang air kecil. Ia juga mungkin menyebabkan pengurangan di dalam jumlah sel darah putih; sel yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan. Walaupun kesan-kesan sampingan terapi sinaran mungkin mencemaskan, doktor selalunya dapat mengawal kesan-kesan ini.
Jagaan berterusan
Jagaan berterusan bagi pesakit-pesakit kanser hati bergantung ke atas tahap penyakit mereka dan rawatan yang mereka telah terima. Pemeriksaan susulan adalah sangat penting selepas pembedahan untuk mengeluarkan kanser daripada hati. Ini adalah kerana kanser boleh kembali di dalam hati atau di dalam bahagian lain tubuh. Orang yang telah menjalani pembedahan kanser hati mungkin ingin membincangkan peluang berulangnya kanser dengan doktor.

Jagaan susulan mungkin termasuk ujian-ujian darah, x-ray, ultrabunyi, skan CT, angiogram atau ujian-ujian yang lain. Bagi seseorang yang telah menjalani transplan hati, doktor akan menguji sebaik mana fungsi hati yang baru itu. Doktor akan mengawasi dengan teliti untuk memastikan yang hati yang baru itu tidak ditolak. Pesakit ini mungkin ingin berbincang dengan doktor jenis dan jadual ujian-ujian susulan yang diperlukan. Bagi pesakit yang menghidapi penyakit yang telah lanjut, pasukan penjaga kesihatan akan berfokus dalam usaha mengekalkan pesakit di dalam keadaan yang paling selesa yang mungkin. Ubat-ubatan dan langkah-langkah lain boleh membantu penghadaman, mengurangkan sakit, dan melegakan gejala-gejala lain.

Mengawal Kesakitan
Kesakitan merupakan masalah yang lazim bagi orang yang menghidapi kanser hati. Tumor boleh menyebabkan kesakitan dengan menekan saraf-saraf dan organ-organ lain. Juga, terapi -terapi  bagi kanser mungkin menimbulkan ketidakselesaan.
Doktor pesakit atau seorang doktor yang pakar di dalam mengawal kesakitan boleh melega atau mengurangkan kesakitan dengan beberapa cara:

· Ubat tahan sakit — Ubat-ubat selalunya boleh melegakan kesakitan. (Ubat-ubat ini boleh membuatkan seseorang mengantuk dan sembelit tetapi berehat dan mengambil laksatif dapat membantu)

· Sinaran – Sinaran-sinaran bertenaga tinggi boleh membantu melegakan sakit dengan mengecutkan tumor

· Sekatan saraf — Doktor mungkin menyuntik alkohol ke dalam kawasan di sekitar saraf-saraf tertentu di dalam abdomen untuk menyekat kesakitan itu.

Pasukan penjaga kesihatan mungkin mengesyorkan cara-cara lain melegakan atau mengurangkan kesakitan. Contohnya, berurut, akupunktur, urut mengguna tekanan boleh digunakan bersama-sama pendekatan lain. Juga, pesakit boleh belajar melegakan kesakitan melalui teknik-teknik bersantai seperti mendengar muzik yang perlahan atau bernafas dengan perlahan-lahan  dan selesa. Pusat Sumber dan Kesejahteraan menawarkan kelas-kelas bersantai dan tafakur. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi talian 03 2698 7300 atau e-mel contact@cancer.org.my

Khasiat Pemakanan
Pesakit kanser hati mungkin tidak lalu makan terutamanya jika  mereka tidak selesa atau letih.  Juga, kesan-kesan sampingan rawatan  boleh menyukarkan makan. Makanan mungkin berbau dan berasa berlainan. Walau bagaimanapun, pesakit harus cuba  memakan kalori dan protein yang mencukupi untuk mengawal berat  badan mengekalkan tenaga dan menggalakkan penyembuhan. Perancangan dan pemeriksaan yang teliti adalah penting. Kanser hati dan rawatannya mungkin menyukarkan pesakit untuk menghadamkan makanan dan mengekalkan berat badan mereka.

Para doktor, ahli diet penjaga kesihatan yang lain boleh menasihati para pesakit tentang cara-cara mendapatkan pemakanan yang sihat semasa rawatan. Pusat Sumber dan Kesejahteraan (Resource and Wellness Centre) mempunyai seorang ahli diet tetap. Untuk mendapatkan temu janji sila hubungi  03 2698 7300 atau  e mel contact@cancer.org.my

Sokongan bagi Pesakit Kanser

Melalui kehidupan dengan penyakit yang serius seperti kanser hati bukannya mudah. Sesetengah orang dapati yang mereka perlukan bantuan menghadapi aspek-aspek emosi dan praktikal penyakit mereka. Kumpulan-kumpulan sokongan boleh membantu. Di dalam kumpulan-kumpulan ini, pesakit-pesakit kanser dan keluarga mereka selalu berkumpul untuk  berkongsi segala yang mereka pelajari tentang mengatasi kanser dan kesan-kesan rawatan. Para pesakit mungkin ingin berbincang dengan seorang daripada ahli pasukan penjaga kesihatan mereka tentang mencari suatu kumpulan sokongan. Kumpulan-kumpulan ini mungkin memberikan sokongan secara peribadi, melalui telefon, atau melalui internet. Hubungi Pusat Sumber dan Kesejahteraan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kumpulan-kumpulan sokongan. Sila telefon  03 2698 7300 atau e mel contact@cancer.org.my

Pusat Sumber dan Kesejahteraan (The Resource and Wellness Centre) ialah suatu perkhidmatan di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Ia memberikan khidmat maklumat melalui telefon dan perkhidmatan sokongan bagi orang-orang yang berkait dengan kanser. Perkhidmatan ini dianggap sulit di mana anda boleh membincangkan kebimbangan dan keperluan anda dengan kakitangan yang dilatih khas. Kakitangan pusat ini akan menghantar kepada anda maklumat bertulis dan boleh menghubungkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai di tempat tinggal anda. Sila hubungi 03 26987300 atau e mel: contact@cancer.org.my.

Glosari

terapi  adjuvan
Rawatan yang membantu atau menolong rawatan yang lain

anemia
Kekurangan di dalam kuantiti dan kualiti sel-sel darah merah tubuh. Anemia boleh menyebabkan rasa lemah dan sesak nafas.

biopsi Pengeluaran suatu sampel tisu daripada badan untuk diperiksa di bawah mikroskop supaya dapat membantu mendiagnosis sesuatu penyakit  

diagnosis
Proses mengenal pasti penyakit seseorang.

diafragma
Sehelaian otot dan tendon yang memisahkan bahagian dada dan abdomen.

Keteter epidural
Suatu tiub plastik yang halus yang dimasukkan melalui bahagian bawah tulang belakang ke dalam ruang epidural

gastrektomi
Pengambilan keluar perut secara separa atau total melalui pembedahan.

imunoterapi
Rawatan yang menggunakan atau menggalakkan sebahagian daripada sistem daya tahan badan tubuh sendiri.

nitrat
Garam asid nitrik. Didapati di dalam daging yang diawet.

paliatif
Memberikan kelegaan daripada gejala-gejala tanpa berusaha menyembuhkan penyakit.

polip
Suatu ketumbuhan yang kecil yang timbul daripada permukaan membran

sumber.kanser.org.my

Maklumat Kanser Kulit>Klik


Comments are closed.